Dasar Privasi
Kemaskini Terakhir: 05 May 2025
-
Pengenalan
- MyInspector (No. Pendaftaran.: 202501034106 (1635516-D)) (kemudian daripada ini disebut sebagai “MyInspector”, “kita”, atau “kami”), merupakan pemilik dan penggendali platform yang dikenali sebagai “MyInspector”, boleh diakses melalui laman web dengan nama domain https://myinspector.com (kemudian daripada ini disebut sebagai “Platform”) menghargai privasi dan kami komited untuk melindungi semua data peribadi yang diberi kepada kami, mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (seperti yang dipinda dari semasa ke semasa, kemudian daripada ini disebut sebagai “Akta”). Untuk tujuan Dasar Privasi ini, kecuali jika konteksnya menghendaki sebaliknya, istilah “data peribadi” dan “pemprosesan” akan mempunyai makna seperti yang dinyatakan dalam Akta.
- Dasar Privasi ini menerangkan kegiatan pengumpulan, penyimpanan, penyebaran dan pemprosesan kami berkenaan dengan data peribadi individu melalui akses, muat turun dan/atau penggunaan Platform dari anda serta semua kandungan, produk, perkhidmatan dan fungsi yang tersedia di atau melalui Platform.
- Sila baca Dasar Privasi ini untuk memahami cara kami mengguna dan memproses data peribadi yang telah kami kumpulkan atau akan kumpulkan daripada anda.
- Dengan memberikan data peribadi anda dan/atau menggunakan Platform, anda bersetuju dengan Dasar Privasi ini dan pengumpulan, penggunaan, pengaksesan, pemindahan, penyimpanan dan pemprosesan data peribadi anda yang dijelaskan dalam Dasar Privasi ini, seperti yang mungkin kami pinda dari semasa ke semasa.
- Sebarang perubahan ke atas Dasar Privasi ini akan dikemaskini di Platform. Sebarang Dasar Privasi yang telah disemak akan terus digunakan ke atas semua data peribadi yang telah dikumpulkan sebelum ini serta maklumat yang telah kami simpan atau proses secara berterusan. Oleh itu, anda digalakkan untuk menyemak versi Dasar Privasi untuk sebarang kemaskini atau perubahan setiap kali anda melayari Platform.
- Sekiranya anda di bawah umur 18, anda perlu memastikan anda telah mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga sebelum menggunakan Platform. Sekiranya anda merupakan satu firma, perbadanan atau entiti yang membekalkan data peribadi rakan kongsi, pengarah, pemegang saham, pekerja, pegawai dan/atau orang lain kepada kami, sila memastikan anda telah mendapat kebenaran mereka dan sila mengemukakan Dasar Privasi ini kepada mereka.
-
Penjelasan Dasar Privasi
- Polisi Privasi ini menetapkan jenis data peribadi yang diproses, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
-
jenis data peribadi yang diproses;
-
tujuan-tujuan data peribadi yang mana telah dikumpul atau akan dikumpul dan diproses dengan lebih lanjut;
-
sumber data peribadi;
-
hak anda untuk meminta akses dan pembetulan data peribadi anda dan cara menghubungi kami jika ada sebarang pertanyaan atau aduan mengenai data peribadi;
-
orang-orang yang akan kami dedahkan atau mungkin mendedahkan data peribadi anda;
-
pilihan dan cara yang anda boleh mengehadkan pemprosesan data peribadi anda, termasuklah data peribadi yang berkaitan dengan orang lain yang mungkin dikenalpasti daripada data peribadi tersebut;
-
sama ada anda wajib atau secara sukarela untuk membekalkan data peribadi; dan
-
sekiranya anda diwajibkan untuk membekalkan data peribadi, akibat yang akan anda hadapi jika gagal membekalkan data peribadi tersebut.
-
-
Jenis-Jenis Data Peribadi
- Data peribadi merujuk kepada semua maklumat berkaitan dengan anda secara langsung atau tidak langsung, termaksud sebarang data peribadi sensitif dan pendapat mengenai anda. Data peribadi sensitif merujuk kepada sebarang data peribadi berkaitan dengan kesihatan fizikal atau mental anda, pandangan politik anda, agama anda atau kepercayaan yang serupa, pelanggaran atau pertuduhan pelanggaran oleh anda atau data peribadi lain yang akan ditentukan oleh undang-undang dari semasa ke semasa.
- Data peribadi yang kami kumpulkan mungkin termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
-
Maklumat yang anda berikan kepada kami melalui penggunaan Platform
-
Maklumat peribadi daripada anda, seperti nama, nombor kad pengenalan atau pasport, biodata/profil peribadi, gambar profil, gambar atau avatar, jantina, umur, kaum, status perkahwinan, tahap pendidikan, minat, hobi, maklumat berdasarkan lokasi yang tepat, maklumat perhubungan, alamat e-mel, alamat surat-menyurat, nombor telefon, nombor ID peranti, dan kata laluan yang disediakan oleh anda semasa anda membuat akaun untuk Platform, dan maklumat lain yang anda beri kepada kami secara langsung melalui Platform (termasuk tetapi tidak terhad kepada mesej yang kamu hantar melalui Platform).
-
Maklumat mengenai interaksi anda di Platform termasuk interaksi anda dengan pengguna lain, produk dan perkhidmatan yang telah anda beli, penyertaan atau pendaftaran anda dalam acara, aktiviti dan/atau pertandingan yang dianjurkan oleh kami, penciptaan dan pendaftaran akaun, atau pengisian borang dalam talian.
-
Maklumat daripada prestasi, kehadiran dan/atau penyertaan anda dalam sebarang acara, aktiviti, kelas, sesi, persembahan, kejohanan, pertandingan dan/atau sebarang aktiviti serupa yang dianjurkan oleh kami, termasuk data biografi anda, suara, aksi, pose, gambar, imej, grafik, video dan/atau rakaman dalam apa jua bentuk dan cara yang diperoleh oleh kami.
-
Maklumat yang diperlukan untuk menyelesaikan transaksi melalui Platform.
-
Maklumat seperti fail, gambar, grafik, video, audio dan/atau mesej yang anda simpan dengan menggunakan Platform.
-
Maklumat daripada interaksi dan komunikasi anda dengan kami, termasuk memberikan ulasan, penilaian, komen, maklum balas, atau menghubungi kami atau perkhidmatan pelanggan kami melalui panggilan telefon, surat menyurat, pertemuan bersemuka, e-mel atau teks mesej.
-
Maklumat apabila anda melanggan surat berita atau sebarang program kami, penyertaan anda dalam aktiviti pemasaran atau tinjauan kami, dan/atau tindak balas anda terhadap promosi, aktiviti, inisiatif kami atau terhadap sebarang permintaan untuk data peribadi tambahan.
-
Sebarang data/maklumat berkaitan dengan pembayaran dan/atau perkhidmatan transaksi yang anda gunakan pada Platform sama ada untuk membuat pembayaran atau menerima sebarang pembayaran, termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat pengebilan, butiran bank akaun, kad pembayaran atau pengecam akuan, pemegang kad pembayaran atau akaun, butiran penghantar dan penerima, produk yang ditransaksikan dan sejarah transaksi.
-
Sebarang data peribadi lain yang dihantarkan kepada kami dengan persetujuan anda untuk sebab-sebab lain.
-
-
Maklumat dikumpul oleh teknologi melalui Platform
-
Maklumat daripada anda, termasuk jenis laman web anda, alamat “Internet Protocol” (IP) (nombor yang diberikan secara automatik ke komputer anda semasa anda menggunakan Internet, ia mungkin berbeza dari sesi ke sesi) nama domain, profil pengguna, cap tarikh/waktu lawatan anda, purata masa yang diluangkan di Platform, halaman yang dilihat, maklumat yang dicari, dan/atau waktu akses, dan, berkenaan dengan telefon bimbit anda, pengecam peranti unik.
-
Maklumat daripada pembekal perkhidmatan pihak ketiga, dengan kebenaran anda, yang mungkin termasuk kandungan profil anda atau jenis maklumat peribadi yang lain.
-
Maklumat Cookies dan URL untuk mengumpul maklumat mengenai tarikh dan masa lawatan anda dan maklumat yang telah anda cari dan lihat. “Cookies” adalah sebahagian kecil maklumat yang dihantar oleh laman web ke cakera keras komputer anda semasa anda melihat suatu laman web. Kami mungkin menggunakan kedua-dua sesi Cookie (yang akan habis tempoh setelah anda menutup pelayar web anda) dan Cookie yang berterusan (yang kekal di komputer anda sehingga anda padam) untuk memberikan anda satu pengalaman dan interaktif yang lebih peribadi di Platform. Cookies yang berterusan dapat dibuang dengan mengikuti arahan pelayar web.
-
Maklumat daripada teknologi yang digunakan bersamaan dengan telefon bimbit, termasuk pengecam peranti anda, untuk merakam tarikh, masa, carian dan melihat maklumat yang berkaitan dengan telefon bimbit anda.
-
Maklumat mengenai bagaimana anda mengguna dan berinteraksi dengan Platform dan perkhidmatan melalui perkhidmatan analisis pihak ketiga yang mungkin menggunakan Cookies untuk mengumpul maklumat seperti laman web anda lawat, alamat IP anda, cap tarikh/masa lawat anda dan laman web yang membawa anda ke Platform.
-
-
Maklumat berhubungan dengan pihak ketiga atau sumber lain
-
Maklumat daripada pihak ketiga atau sumber-sumber lain yang anda telah beri kebenaran untuk mendedahkan maklumat tentang anda dan/atau apa-apa yang tidak dilarang.
-
-
- Anda mungkin dikehendaki untuk memberikan data peribadi anda atas permintaan anda untuk sebarang produk dan perkhidmatan yang terdapat di Platform kami. Sekiranya ada keperluan, kami akan dapatkan kebenaran tepat dan jelas daripada anda untuk memproses data peribadi sensitif. Walau bagaimanapun, kami mungkin akan memproses data peribadi tanpa kebenaran anda dalam keadaan terhad yang dibenarkan oleh undang-undang.
-
Penggunaan Data Peribadi
- Kami mungkin akan mengumpul dan memproses data peribadi daripada anda atau daripada pihak ketiga, sama ada untuk menjawab permintaan yang anda buat, atau untuk membantu kami dalam melayan anda dengan lebih baik, untuk satu atau lebih banyak tujuan berikut:
-
untuk mengesahkan identiti anda sebagai pengguna kami;
-
untuk memudahkan penciptaan/pendaftaran dan memastikan keselamatan pembukaan akaun anda di Platform;
-
untuk membolehkan anda mengakses dan menggunakan Platform bagi produk dan perkhidmatan kami;
-
untuk memberi anda maklumat, produk, dan/atau perkhidmatan yang anda minta daripada Platform;
-
untuk menghantar e-mel selamat datang kepada anda dan mengesahkan pemilikan alamat e-mel yang diberikan semasa anda buka akaun dengan kami;
-
untuk menghantar kepada anda pemberitahuan e-mel pentadbiran, seperti nasihat keselamatan atau sokongan dan penyelenggaraan;
-
untuk menghantar pemberitahuan melalui e-mel, WhatsApp, atau SMS berkaitan peringatan pemeriksaan jentera, serta perkhidmatan yang tersedia atau akan datang;
-
untuk mengendalikan, mentadbir, dan mengurus operasi perniagaan kami, serta produk dan perkhidmatan kami;
-
untuk memperibadikan, meningkatkan, menambah baik, dan menyesuaikan aspek perkhidmatan kami secara keseluruhan kepada anda, serta kualiti pengalaman apabila anda berinteraksi di Platform;
-
untuk menghantar tawaran dan bahan promosi berkaitan dengan Platform serta untuk tujuan pemasaran lain;
-
untuk menjejak maklumat khusus pengguna mengenai halaman yang diakses atau dilawati oleh pengguna;
-
untuk operasi harian dan tujuan pentadbiran kami, termasuk pengurusan akaun, pengebilan dan kutipan, audit, pelaporan, dan penyiasatan;
-
untuk berkomunikasi dengan anda, memantau atau merekod panggilan telefon dan interaksi menghadapi pelanggan bagi tujuan jaminan kualiti, latihan pekerja, pengesahan identiti, atau untuk meminta sebarang maklumat tambahan daripada anda;
-
untuk menjalankan pemeriksaan rujukan kredit dan menentukan kepercayaan kredit anda dalam menyediakan produk dan perkhidmatan kepada anda;
-
untuk mengurus, memberi maklum balas, menyiasat, memproses, dan menyelesaikan sebarang isu produk dan perkhidmatan, aduan, pertikaian, komunikasi, atau permintaan lain yang anda kemukakan kepada kami berkenaan dengan Platform;
-
untuk mengendalikan permohonan anda untuk membeli produk dan/atau perkhidmatan, serta permintaan anda untuk nasihat dan cadangan berkaitan dengan produk dan/atau perkhidmatan kami;
-
untuk mentadbir dan memproses sebarang pembayaran dan/atau transaksi yang berkaitan dengan produk dan/atau perkhidmatan kami;
-
untuk memadankan sebarang data peribadi yang dipegang yang berkaitan dengan anda bagi mana-mana tujuan yang disenaraikan di sini;
-
untuk menyimpan rekod yang diperlukan bagi tujuan keselamatan, tuntutan, atau tujuan undang-undang lain (termasuk mendapatkan nasihat guaman dan penyelesaian pertikaian);
-
untuk menubuhkan, melaksanakan, atau mempertahankan tuntutan undang-undang;
-
untuk mengesan, menyiasat, melaporkan, atau mencegah jenayah, seperti pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan, rasuah, kelakuan kesat, aktiviti penipuan, jenayah, atau aktiviti menyalahi undang-undang yang lain;
-
untuk menjalankan penyiasatan dan penilaian tuntutan berkaitan dengan pertikaian, pengebilan, atau penipuan;
-
untuk mematuhi mana-mana peraturan, undang-undang, peraturan, garis panduan yang berkenaan, serta sebarang komitmen kontrak atau komitmen lain yang ada semasa atau akan datang dengan mana-mana badan undang-undang, pengawalseliaan, kehakiman, pentadbiran, awam, atau penguatkuasaan undang-undang yang dikeluarkan oleh mana-mana badan/autoriti undang-undang atau pengawalseliaan yang mengikat ke atas AMB Connect, dan/atau memenuhi kewajipan menurut undang-undang, peraturan-peraturan, garis panduan, dan/atau pihak berkuasa yang berkaitan;
-
untuk tujuan keselamatan dan pengauditan dalaman;
-
untuk menggunakan, mengubah, mengedit, memadam, menterjemah, menyiarkan, dan/atau menerbitkan sebarang maklumat, data peribadi, dan/atau butiran lain yang diperoleh daripada anda di Platform dan/atau mana-mana saluran, media atau platform, termasuk bahan pemasaran atau promosi bercetak atau digital, internet, laman web, platform media sosial, televisyen, radio, video atau mana-mana medium lain melalui mana-mana peranti untuk tujuan komersial dan/atau bukan komersial;
-
untuk memberikan pengumuman media dan maklum balas;
-
untuk menerbitkan ulasan anda mengenai produk dan perkhidmatan kami di Platform;
-
untuk menjalankan penyelidikan dan tinjauan pasaran, analisis pemasaran dalaman, aktiviti pemprofilan pelanggan bagi menentukan lokasi, keutamaan, dan demografi pelanggan, untuk meningkatkan perkhidmatan, penghantaran, dan pengalaman pelanggan anda;
-
untuk menganjurkan, membangunkan, dan/atau menyediakan produk dan perkhidmatan tambahan atau manfaat kepada anda, termasuk acara promosi, kempen pemasaran, dan tawaran istimewa;
-
untuk tujuan pemasaran digital, termasuk tetapi tidak terhad kepada media sosial, pengiklanan paparan, dan/atau pemberitahuan tolak;
-
untuk tujuan pemasaran konvensional, termasuk tetapi tidak terhad kepada memaklumkan dan/atau menghantar maklumat kepada anda tentang produk dan perkhidmatan kami, sebarang kemas kini atau maklumat lain yang kami anggap sesuai dengan keutamaan anda;
-
untuk tujuan lain sebagaimana yang anda arahkan atau dipersetujui; dan
-
untuk semua tujuan lain yang berkaitan dengan atau bersampingan dengan perkara-perkara di atas.
-
- Anda akan dianggap telah memberikan kebenaran anda (termasuk kebenaran yang jelas) terhadap sebarang data peribadi yang diminta, dikumpul, diperoleh, disimpan, dan/atau sebaliknya diproses dari semasa ke semasa oleh kami yang berkaitan secara langsung dengan tujuan yang diterangkan di bawah Fasal 4.1 di atas.
- Semua data peribadi yang kami minta daripada anda adalah wajib kecuali dinyatakan sebaliknya. Kegagalan untuk membekalkan data peribadi yang diminta kepada kami akan menyebabkan kami tidak dapat melaksanakan kewajipan kami dan memberikan anda produk dan perkhidmatan kami atau berurusan dengan anda.
-
Sumber Data Peribadi
- Kami mungkin akan mengumpul data peribadi, sama ada secara langsung daripada anda, wakil yang diberi kuasa anda, pihak ketiga, sumber yang tersedia secara umum atau melalui Platform. Kami mungkin akan mengumpul data peribadi daripada anda semasa anda berurusan dengan kami melalui apa jua cara seperti, borang permohonan pelanggan, pendaftaran atau lawatan ke Platform, pendaftaran untuk perkhidmatan tertentu yang kami sediakan, penggunaan perkhidmatan kami, penyertaan dalam aktiviti pemasaran dan tinjauan kami, kemasukan atau penyertaan dalam pertandingan, aktiviti, acara, promosi atau program yang kami anjurkan, permintaan maklumat mengenai produk, perkhidmatan dan Platform, permulaan perniagaan atau hubungan komersial dengan kami dan/atau sebarang transaksi atau komunikasi (lisan atau bertulis) yang dibuat dengan kami, melalui pertemuan bersemuka, panggilan telefon atau cara elektronik yang dibuat dengan kami.
- Kami mungkin juga dapatkan data peribadi anda daripada:
-
pihak ketiga yang kami berurusan atau berhubung dengan anda untuk memberi anda produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan melalui Platform; untuk menjalankan ujian jaminan kualiti; untuk memudahkan pembuatan akaun; untuk memberikan sokongan teknikal dan/atau memberikan perkhidmatan lain kepada kami;
-
penasihat profesional termasuk tetapi tidak terhad kepada penasihat undang-undang, penasihat cukai, penasihat kewangan, juruaudit, broker insurans;
-
kerajaan atau pihak penguatkuasa lain yang mempunyai kuasa untuk mengemukakan maklumat tersebut; dan
-
sumber yang lain di mana anda telah beri kebenaran untuk kemukakan maklumat berkaitan dengan anda yang dibenarkan oleh undang-undang.
-
-
Pendedahan Data Peribadi
- Kami akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk melindungi data peribadi anda daripada sebarang pendedahan yang tidak dibenarkan. Kami akan memproses data peribadi untuk tujuan yang dinyatakan di Fasal 4.1 di atas dan mungkin akan kemukakan kepada pihak ketiga yang berikut:
-
anak syarikat dan sekutu kami;
-
syarikat dan/atau pekerja berkaitan yang membantu kami dalam menyediakan produk dan perkhidmatan, dan/atau menangani pertanyaan dan permintaan anda berhubungan dengan produk dan perkhidmatan kami, akaun anda, langganan dan pengebilan atau pengaturan pesanan dengan kami, atau untuk sokongan pelanggan, peningkatan perkhidmatan, pembangunan, pemprosesan atau penyimpanan;
-
syarikat dan/atau organisasi yang membantu kami dalam pemprosesan dan/atau memenuhi transaksi dan membekalkan anda produk dan perkhidmatan melalui Platform yang telah anda meminta atau melanggan;
-
syarikat dan/atau entiti yang berfungsi sebagai pembekal perkhidmatan kami, pembekal gateway, ejen, kontraktor dan/atau penasihat profesional yang menyediakan perkhidmatan operasi berkaitan dengan perniagaan kami, seperti perkhidmatan kurier/logistic, pemasaran, telekomunikasi, perkhidmatan guaman, kutipan hutang, perkhidmatan pentadbiran, perkhidmatan pelanggan, penyedia teknologi maklumat, pengehosan web, analisis data, pemprosesan pembayaran dan pengebilan, perkhidmatan teknikal, pusat panggilan, keselamatan atau perkhidmatan lain;
-
agensi penguatkuasa undang-undang, pihak berkuasa kerajaan, mahkamah, tribunal, badan kawal selia, dan/atau agensi atau badan berkanun untuk mengesan, mencegah atau menangani isu-isu penipuan, keselamatan atau teknikal;
-
institusi kewangan, seperti bank dan/atau syarikat kad kredit untuk tujuan pengumpulan atau pembayaran balik sebarang wang yang perlu dibayar berkaitan dengan transaksi komersial anda dengan kami;
-
rakan kongsi perniagaan kami dan pihak yang lain untuk tujuan berkaitan dengan tujuan pengumpulan dan penggunaan data peribadi anda seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini;
-
juruaudit, perunding, peguam, akauntan, atau penasihat profesional lain yang dilantik untuk perniagaan kami atas dasar sulit;
-
kami juga akan kongsikan data peribadi anda dengan pihak, syarikat, organisasi atau individu luar yang lain apabila kami mendapat kebenaran anda untuk berbuat demikian tertakluk pada setiap masa kepada mana-mana undang-undang (termasuk regulasi, garis panduan dan/atau tanggungjawab) yang berkenaan.
-
- Kami berhak untuk menyimpan semua data dan maklumat yang dibekalkan oleh anda selaras dengan Dasar Privasi ini dan/atau terma dan syarat perjanjian anda untuk penggunaan Platform selama hubungan anda dengan kami, untuk tempoh masa yang diperlukan untuk melindungi kepentingan kami sebagaimana yang perlu, seperti yang dikehendaki oleh undang-undang atau peraturan yang berkaitan.
- Kami komited untuk menjaga privasi anda. Walau bagaimanapun, penghantaran data melalui internet tidak dapat dijamin selamat 100%. Oleh itu, di sebalik usaha kami untuk melindungi data peribadi anda, kami tidak dapat memastikan atau menjamin keselamatan setiap maklumat yang anda sampaikan kepada kami, atau ke atau dari produk atau perkhidmatan dalam talian kami. Semua penghantaran maklumat tersebut dilakukan atas risiko anda sendiri. Namun, setelah kami menerima penghantaran anda, kami akan melakukan usaha yang sewajarnya untuk memastikan keselamatannya dalam sistem kami.
-
Permintaan untuk Akses dan Pembetulan Data Peribadi
- Anda dikehendaki memberikan dan mengekalkan data yang tepat, lengkap dan terkini untuk mendaftar dengan kami. Anda menyatakan dan menjamin bahawa semua maklumat yang diberikan kepada kami dari semasa ke semasa melalui Platform atau di sebaliknya adalah betul, dikeluarkan secara sah dan mengikat anda di sisi undang-undang.
- Anda boleh mengakses atau memperbetulkan data peribadi anda seperti nama, alamat emel, tarikh lahir, alamat penghantaran dan pembayaran dan nombor telefon dengan log masuk ke akaun pengguna di Platform, jika data peribadi anda tidak lengkap, mempunyai keliruan, mengandungi ralat atau ketinggalan, atau bukan terkini. Selain itu, sila kemas kini data peribadi anda melalui akaun pengguna anda tepat pada masanya, sekiranya terdapat sebarang perubahan.
- Untuk data peribadi yang tidak boleh diperbetulkan oleh anda dengan log masuk ke akaun pengguna anda di Platform, anda boleh meminta akses untuk memperbetulkan data peribadi tersebut dengan menghantar permintaan kepada pegawai pemprosesan data kami di butiran hubungan yang disenaraikan dalam Fasal 13 di bawah ini. Walau bagaimanapun, kami mungkin perlu meminta maklumat tambahan daripada anda untuk mengesahkan identiti sebelum memberikan akses atau membuat pembetulan tersebut.
- Apabila kami menerima permintaan anda untuk pembetulan data peribadi, kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memperbetulkan data peribadi yang tidak atau bukan tepat, lengkap dan terkini melainkan ada justifikasi untuk menolak permintaan anda.
- Anda akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang disebabkan oleh kegagalan untuk memberitahu kami mengenai perubahan tersebut disebabkan oleh kelewatan yang tidak wajar, kecuaian atau penipuan anda. Sekiranya anda tidak memaklumkan mengenai perubahan alamat anda, kami akan dibebaskan dari semua liabiliti setelah menghantar notis atau dokumen ke alamat terakhir yang diketahui.
- Sekiranya anda perlu memberi kami data peribadi yang berkaitan dengan pihak ketiga (contohnya pasangan atau anak-anak atau di mana anda ialah orang yang ditetapkan untuk bertanggungjawab (dari organisasi atau syarikat) untuk berurusan dengan kami, jika anda memperoleh dan bertanggungjawab untuk perkhidmatan dan/atau produk yang akan mereka gunakan), anda mengesahkan bahawa anda telah memperoleh persetujuan mereka atau sebaliknya berhak memberikan data peribadi mereka kepada kami dan untuk kami gunakan dengan sewajarnya, dan telah memaklumkan kepada mereka untuk membaca Dasar Privasi ini.
- Kami berhak, pada bila-bila masa, untuk mengesahkan identiti dan maklumat peribadi anda yang anda berikan termasuk untuk tujuan mencegah penipuan dan/atau pengubahan wang haram. Sementara menunggu pengesahan tersebut, kami mungkin menahan sementara akses anda ke data peribadi anda. Di samping itu, pada masa permohonan anda atau pada bila-bila masa dalam masa hadapan, anda memberi kebenaran kepada kami untuk melakukan pemeriksaan pengesahan identiti secara langsung atau melalui pihak ketiga yang berkaitan.
- Kami berhasrat untuk mengekalkan Platform dengan cara yang melindungi maklumat daripada kemusnahan yang tidak disengajakan atau berbahaya. Oleh sebab itu, setelah anda memperbetulkan, mengubah atau mengemas kini maklumat daripada Platform, kami mungkin tidak akan segera menghapus baki salinan dari pelayan aktif kami, dan mungkin tidak membuang maklumat sepenuhnya daripada sistem kami.
- Akses anda ke kebanyakan perkhidmatan dan kandungan adalah dilindungi dengan kata laluan. Oleh itu, anda adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk nama pengguna dan kata laluan anda untuk mengakses perkhidmatan dan kandungan. Untuk mencegah akses tanpa kebenaran, anda mesti memastikan bahawa anda log keluar dari akaun anda dan menutup tetingkap penyemak imbas setelah digunakan. Anda tidak boleh, pada bila-bila masa, menyebarkan kata laluan anda kepada mana-mana pihak ketiga.
-
Cookies
- Kami menggunakan “Cookies”, di mana fail data kecil dihantar kepada pelayar web anda untuk menyimpan dan menjejek maklumat tentang anda semasa anda memasuki Platform. Cookies digunakan untuk menjejak maklumat seperti jumlah pengguna dan kekerapan penggunaannya, profil pengguna dan laman web pilihan mereka. Walaupun Cookies ini dapat memberitahu waktu anda memasuki Platform dan halaman mana yang anda lawati, Cookies ini tidak dapat membaca data dari cakera keras anda.
- Kami mungkin memproses dan/atau menggunakan maklumat yang dikumpulkan daripada Cookies dan teknologi lain, untuk meningkatkan pengalaman pengguna dan kualiti keseluruhan Platform. Anda boleh menetapkan pelayar web anda untuk menyekat semua Cookies, termasuk Cookies yang berkaitan dengan perkhidmatan di Platform, atau untuk menunjukkan semasa Cookies sedang ditetapkan oleh kami. Walau bagaimanapun, ia adalah penting untuk mengingati bahawa banyak perkhidmatan di Platform mungkin tidak berfungsi dengan baik jika Cookies anda dilumpuhkan.
- Seperti kebanyakan pengendali laman web, kami juga menggunakan syarikat bebas untuk mengukur dan menganalisis penggunaan internet di seluruh Platform. Ini agregat, data bukan peribadi ini yang dikumpulkan oleh syarikat bebas yang diberikan kepada kami untuk membantu menganalisis penggunaan Platform.
- Kami juga mengumpulkan alamat ‘Internet Protocol’ (IP). Alamat IP adalah diberikan kepada komputer dalam internet untuk mengenalinya secara unik dalam rangkaian global. Kami mengumpulkan dan menguruskan alamat IP sebagai sebahagian daripada perkhidmatan untuk menyediakan pengurusan sesi internet dan untuk tujuan keselamatan.
-
Pautan untuk ke Laman Web yang Lain
- Pautan dari Platform ke laman web lain tidak bermaksud pengendorsan terhadap laman web tersebut. Kami tidak mengawal laman web yang dipautkan dari platform kami dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan dan dasar privasi dan/atau pernyataan mereka. Oleh itu, anda harus mengaji dengan teliti dasar privasi dan/atau pernyataan serta terma dan syarat yang terpakai di mana-mana laman web yang anda akses daripada Platform. Ini termasuk mana-mana syarikat yang menyediakan pembayaran dalam talian melalui kad kredit atau e-perbankan.
-
Pemindahan Data Peribadi Anda ke Luar Malaysia
- Kami mungkin perlu memindah data peribadi anda ke luar Malaysia jika ada penyedia perkhidmatan kami atau rakan strategik (“entiti luar negara”) yang terlibat dalam membekalkan sebahagian daripada perkhidmatan kami berada di negara-negara di luar Malaysia atau jika anda menggunakan perkhidmatan dari sebuah negara selain daripada Malaysia. Anda bersetuju untuk memindahkan data peribadi anda ke luar Malaysia dalam keadaan seperti ini. Kami akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk memastikan mana-mana entiti luar negara tersebut terikat secara kontrak untuk tidak menggunakan data peribadi anda dengan tujuan selain daripada memberikan perkhidmatan yang mereka kontrak dengan kami untuk menyediakan dan untuk melindungi data peribadi anda dengan secukupnya.
-
Kebenaran/Hak untuk Membuat Perubahan
- Dengan penerimaan Dasar Privasi ini, anda mengakui bahawa anda telah membaca Dasar Privasi ini dan memahami kandungan dan akibatnya. Anda dengan ini bersetuju dan memberi kebenaran kepada kami untuk pengumpulan, penggunaan, pendedahan dan pemprosesan data peribadi anda mengikut Dasar Privasi ini. Di samping itu, anda mengakui bahawa data peribadi yang anda berikan atau akan berikan kepada kami adalah benar dan tepat.
- Kami berhak pada bila-bila masa dan atas budi bicara sendiri untuk menyemak, mengubah, meminda, atau memvariasikan kandungan Platform dan/atau terma dan syarat penggunaan dan/atau Dasar Privasi seperti yang terkandung di sini. Penggunaan berterusan Platform selepas sebarang revisi, perubahan, pindaan atau variasi tersebut dianggap sebagai penerimaan dan persetujuan untuk terikat dengan revisi, perubahan, pindaan dan/atau variasi tersebut.
- Sekiranya kami telah mendapat kebenaran anda untuk sebarang pengumpulan, penggunaan atau pendedahan data peribadi anda seperti yang dinyatakan di atas, anda boleh menarik balik kebenaran anda terhadap pengumpulan, penggunaan atau pendedahan data peribadi anda dengan mengemukakan permintaan pada butiran hubungan kami yang disenaraikan di bawah ini. Atas permintaan anda, kami akan berhenti dengan segera pengumpulan, penggunaan atau pendedahan data peribadi anda, melainkan dikehendaki oleh undang-undang atau jika kami mempunyai tujuan perniagaan atau undang-undang yang sah untuk pengumpulan, penggunaan atau pendedahan data peribadi tersebut.
- Bergantung kepada keadaan dan sifat penarikan balik anda, sila ambil perhatian bahawa dengan menarik balik kebenaran anda terhadap pengumpulan, penggunaan atau pendedahan data peribadi anda, kami mungkin tidak dapat terus memberikan anda produk dan perkhidmatan kami dan anda bersetuju bahawa kami tidak akan bertanggungjawab kepada anda untuk sebarang kerugian atau ganti rugi yang menimbul daripada atau berkaitan dengan ini.
-
Keselamatan Data
- Kami komited untuk memastikan data peribadi anda disimpan dengan selamat. Untuk tujuan ini, kami melaksanakan langkah-langkah keselamatan yang kukuh, termasuk tetapi tidak terhad kepada teknologi penyulitan, bagi melindungi data peribadi anda daripada akses, pengubahan, pendedahan, atau pemusnahan tanpa kebenaran.
- Walaupun kami berusaha menggunakan kaedah yang munasabah untuk melindungi data peribadi anda, sila ambil perhatian bahawa tiada kaedah penghantaran atau penyimpanan elektronik yang benar-benar selamat. Oleh itu, kami tidak dapat menjamin keselamatan mutlak mana-mana data peribadi yang dihantar kepada atau disimpan oleh kami.
-
Butiran Hubungan Kami
- Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan/atau soalan berkaitan dengan Dasar Privasi ini atau cara kami menangani maklumat peribadi anda, atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, atau ingin mengemukakan aduan atau akses data atau permintaan pembetulan berkenaan dengan data peribadi anda, sila hubungi pegawai pemprosesan data kami melalui salah satu kaedah berikut:MyInspector Customer ServiceNo. Telefon : +603 2779 8898 Alamat Pejabat : Lot 1-10-1, Menara Bangkok Bank, Jalan Ampang, Laman Sentral Berjaya, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
-
Bahasa
- Sekiranya terdapat sebarang ketidakselarasan atau percanggahan antara terma dan syarat versi Bahasa Inggeris Notis Privasi ini dan versi Bahasa Melayu Notis Privasi ini, versi Bahasa Inggeris Notis Privasi ini akan mengatasi.